quranicgeneration.blogspot.com

Friday, September 30, 2005 at 11:12 AM

HIDUP PEJUANG…

Hidup pejuang bukanlah ditaburi permata
Bukan jua dipuji dan dipuja
Malah bukan jua berasa senang dan selesa
Lantaran pilihan hidupnya sebagai mujahid muda
Meletakkan maqasid umurnya hanya pada Pencipta

Masa pejuang diisi dengan zikrullah
Meskipun dalam penat lelah
Tetap terus beramal ibadah
Dan sentiasa menjaga ruhiyyah
Lalu dia menjadi pejuang yang kuat dan tabah
Dalam mengharungi segala mehnah

Dirinya terpancar izzah
Lantaran keindahan kalam yang dimadah
Yang mampu mengubat hati yang gundah
Malah yang lalai dari Allah
Kembali ke jalan yang terarah

Akhlaq pejuang sangat indah
Natijah mencontohi Rasulullah dan para sahabah
Tidah pernah merungut bila diarah
Malah sentiasa meletakkan tadhiyah
Sebagai aplikasi berhemat
Ithar jua sentiasa disemat
Meskipun mampu sekadar ‘salamatus sadr’

Sedarlah wahai pejuang sekalian
‘Tanggungjawab lebih banyak dari masa’ yang diperuntukkan
Lantaran taklifan bukan tasyrifan
Ia amanah yang patut digenggam
Biar membara lestari memekar
Selamanya meletakkan jihad yang agung
Meletakkan Islam di pasak yang terunggul
Pasti kan terbina Daulah Islamiyyah yang syumul

Kerana Allah telah menjanjikan
Islam itu yang teragung
Dan tiada yang lebih tertinggi dan teragung
Melainkan Deenul Islam yang akan dijunjung
Moga iakan tetap terus terbela
Kerana itulah janji Pencipta Yang Esa…

Quranic generation_82 / 080205 / 7:02pm
“Tersiar di radio IKIM.FM pada 22/08/05.
Slot NUKILAN, Hari Isnin, pukul 10.45pm.

Post a Comment



Jamilah Mokter