quranicgeneration.blogspot.com

Sunday, May 18, 2008 at 2:16 PM

CINTA AGUNG...



CINTA YANG SEJATI IALAH CINTA YANG HAKIKI KEPADA ALLAH...

SABAR DAN TABAHLAH MENEMPUH UJIAN HIDUP INI..

WALA TAY'ASU MIN RAHMATILLAH...

at 2:13 PM

tanpa mu KASIH ya rahman.......

TANPA-MU …..IN-TEAM

RESAH DAN GELISAH KURASA
HIDUP PENUH PANCAROBA
RODA MASA PANTAS BERPUTAR
MENDUGA IMAN DI DADA

DAKU YANG LENA DAN TERLEKA
TENGGELAM DI LAUTAN DUNIA
KABUR PANDANGAN MATAKU
PADA NIKMAT YANG MENGGUNUNG
MENDUSTAKAN KURINIAAN-MU
TIBA MURKAMU MENGHUKUM
KEANGKUHANKU KIAN MENCABAR
LANTAS KU JATUH DAN TERSUNGKUR

TANPA-MU KASIH (OH! KEKASIH)
KU TAK BERDAYA (KU TERPEDAYA)
HILANG PUNCA DAN ARAH
PADA HELAH DAN DUSTA DUNIA
HANYUT ALPA DI ARUS BERGELORA

KASIH (OH! KEKASIH)
DAKU DERITA (TANGISKU HIBA)
LEMAH DALAM SENGSARA
(DAN JIWA MENGALIR OH! AIR MATA)
JIWA DAN TUBUH KEPEDIHAN
TERSEKSA, TERHUKUM
MENANGGUNG KIFARAH DARI-MU
TELAH KULAUI SEMALAM
JALAN KELAM DAN SURAM
LAMPAUI BATASAN INSAN
KEAGUNGAN-MU KUALPAKAN
RAHMAT DARI-MU KU DAMBAKAN
KEAMPUNAN-MU KU POHONKAN

TUHAN, KU TAK BERDAYA
TEMPUH SEGALA TANPA KASIH-MU
HATIKU INI MERNDU
SINAR CINTA-MU YANG AGUNG
PASRAH MERAYU REDHA-MU
AMPUNI DOSA-DOSAKU
RAHMAT DARI-MU KUDAMBAKAN
KEAMPUNAN-MU KUPOHONKAN

Monday, October 09, 2006 at 3:08 PM

forum cereer IRK


jadi panel forum career IRK..
pengalaman yg sangat menarik sekali..
thanks adik2 comittee career IRK..

Monday, October 02, 2006 at 9:47 AM

RAMADHAN KAREEM..ALLAHU AKRAM


AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Ya Ramadhan..
Kedatanganmu kunanti
Di kalaku menyendiri
Kau jadi teman sejati

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
Sungguh ku tidak mengerti
Ada juga yang leka
Dibuai arus dunia
Ramadhan dibiar datang dan pergi
Tanpa membawa apa-apa bekal diri
Untuk ke bumi baqa’ nanti

Ya Ramadhan..
Fadhilatmu sungguh tinggi
Tak terungkap dek kata-kata..
Ianya menjanjikan kegembiraan
Ianya menjanjikan ketenangan
Ianya juga menjanjikan kebahagiaan
Di sini dan di sana…

Rasullulah jua ada bersabda…
Rahsiamu sangat bernilai…
Allah menjanjikan kegembiraan
Ketika berbuka dan bertemu denganNya…

Ya Ramadhan..
Pemergianmu tidak kurestu
Tapi apalah dayaku
Untuk menolak takdirMu
Rasa khuatir menyelubungi diriku
Dapatkah ku bertemu denganmu lagi
Andai diri ini tiada di sini lagi..

- Quranic generation_82 / 9:33am / 1 Ramadhan 1423H / 5 Oktober 2005

Selamat berpesta ibadah dalam bulan yang penuh barakah...
Semoga jiwa dan hati kita sentiasa tenang dalam melalui madrasah ramadhan ini..

Monday, September 18, 2006 at 1:00 PM

terima kasih ayah bonda...


Ibu dan ayahku..
Kaulah permata hatiku..
Kesabaranmu mendidik daku…
Menjadi sumber inspirasiku..
Doakanlah anakmu ini…
Mampu menjadi anak yang solehah..
Menjadi penawar hati dan penyejuk mata..
setiap insan yang bersamanya..

Saturday, August 12, 2006 at 10:34 AM

ALLAH SAYANG KAMU!!

Allah sayang kita semua!!

Dosa-dosa menyebabkan amalan kita tertolak di hadapan Allah swt. Jiwa yang bersih dan suci sahaja akan diterima di akhirat kelak. Jika jiwa kita selamat dari penguasaan nafsu syahwat, maka kita tidak akan melanggar perintah dan larangan Allah. Kita juga akan bebas dari perkara syubhat (benda yang samar) yang biasanya menjurus ke arah perkara yang diharamkan oleh Allah swt.

”(Iaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.”
-maksud Asy-Syu’ara: 88-89-

Selain itu, Allah tidak akan menerima jiwa yang dikuasai oleh nafsu amarah (jiwa yang menyuruh pada kejahatan), nafsu lawwamah (jiwa yang menyesal) dan waswasah syaitaniah (jiwa yang sentiasa diragui oleh perasaan was-was).

”Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat(Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhinya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya.” –maksud Al-A’raf: 146-

Jika kita termasuk golongan yang memiliki jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah), kita akan termasuk dalam golongan hizbullah (wali-wali Allah) atau golongan hamba-hamba yang dikasihi-Nya. Maka kita akan mudah untuk memasuki syurga seperti yang telah dijanjikan oleh Allah swt.

”Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.”
–maksud Al-Fajr: 27-30-
Jiwa kita menjadi kotor kerana terjebak ke dalam perangkap-perangkap syubhat dan syahwat yang dipasang oleh syaitan. Persoalannya ialah bolehkah kita keluar dari kongkongan dosa-dosa sekaligus melakukan tazkiyyatun nafs (penyucian jiwa)?

Secara ringkasnya, cara untuk menyucikan jiwa ialah dengan kembali kepada nilai-nilai kebenaran dan kebaikan Islam, iaitu dengan meningkatkan kualiti iman, ilmu dan amal ibadah kepada Allah swt. Apabila kembali kepada nilai-nilai kebenaran Islam, jiwa kita akan bercahaya dan tenteram dalam kehidupan yang lebih baik (hayatan toyyibah).

”(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”
–maksud Ar-Ra’d: 28-

Ibnu Abbas berkata, ”Sesungguhnya kebaikan itu melahirkan keceriaan wajah, cahaya hati, kelapangan rezeki, kekuatan badan dan kasih sayang dalam hati manusia dan sesungguhnya kejahatan (dosa) itu menimbulkan kepucatan pada wajah kegelapan hati, sempitnya rezeki, lemah badan, dan kebencian dalam hati manusia.”

Thursday, July 20, 2006 at 2:53 PM

Kursus penulisan skrip dokumentari..


inilah gambar2 peserta masa bengkel skrip dokumentari di Finas pada bulan Jun lalu..
pengalaman yang menarik sekali sebab dapat belajar ilmu baru..kira lepas ni dah taulah macam mana nak buat skrip dokumentari..

Tuesday, July 04, 2006 at 4:43 PM


Subhanallah...di sebalik kemiskinan dan penderitaan umat Islam di sana...
Allah masih kurniakan pemandangan yang cantik di tepi pantai di Sihanoukville, di sebelah selatan Negara Kemboja..

at 4:09 PM


pelajar-pelajar di Pusat Islam Kemboja.
Kebanyakan yang bersekolah di sini adalah pelajar cemerlang yang dipilih berdasarkan kelayakan akademik mereka..

at 4:00 PM


budak-budak di sana jarang dapat makan gula-gula...
bila mufti datang sedekahkan gula-gula..
ramaila budak-budak yang datang serbu..

at 3:45 PM


bersama-sama pelajar pondok Madrasah an-Nikmah di Speu, wilayah Kampung Cham.
pondok itulah asrama tempat pelajar-pelajar madrasah ini tinggal.

at 3:36 PM


ana bersama-sama kanak-kanak Melayu-Champa di sana yang baru selesai menghadiri kelas mengaji al-quran menggunakan Muqaddam macam di malaysia dulu..

at 3:05 PM


pintu masuk Angkor Wat di Siemriap..
salah satu dari 7 benda ajaib di dunia...

at 2:57 PM


naik bot ke tasik Tonle Sap..tasik terbesar di dunia.
.ingat tak masa kita belajar Geografi dulu...
inilah perkampungan atas air...seramai lebih dari 1000 keluarga tinggal di perkampungan atas air ini..ada sebahagian mereka yang beragama Islam..

at 2:35 PM


antara makanan di sana..cengkerik goreng..
tapi..kita takleh makanlah...

at 2:26 PM


asalnya dulu tempat ni universiti..tapi telah dijadikan penjara masa zaman pemerintahan Polpot..

at 2:07 PM


gambar tengkorak-tengkorak yang dikumpul di Killing Field.

at 1:49 PM

Trip ke Kemboja


Alhamdulilllah..pada 15 hingga 24 Jun yang lalu..ana diberi peluang untuk pergi ke Kemaoja untuk melaksanakan beberapa tugasan yang diberikan oleh pihak syarikat tempat ana bekerja...

Pengalaman yang sungguh menarik kerana sempat menziarahi beberapa tempat penting kawasan orang Melayu-Champa Islam di sana.

Ana akan tunjukkan beberapa gambar yang berkaitan untuk dikongsi bersama..

Gambar di atas adalah tempat pembunuhan beramai-ramai yang dinamakan 'Killing Field'.
Di tempat ini terdapat 86 lubang yang menempatkan lebih kurang 90000 nyawa semasa kekejaman pemerintahan Khmer Rouge pada tahun 1975-1979 di Kemboja.



Jamilah Mokter