quranicgeneration.blogspot.com

Friday, September 30, 2005 at 11:15 AM

kau ingin berjaya..

Sahabat..
Kehidupan yang kau lalui…
Dalam menuntut ilmu Allah ini..
Pastinya kau punya cita-cita…
Dan harapan yang menggunung tinggi…
Demi menggenggam kejayaan yang hakiki…

Sahabat..
Kau ingin berjaya..
Namun renungilah kembali..
Sudah terjagakah hubunganmu dengan Penciptamu Yang Agung..
Benarkah niatmu belajar hanya keranaNya…


Kerana..
Pabila kau renung semula..
Sememangnya kau ingin berjaya..
Tapi..kadangkala….
Pabila kau leka melakukan tugasanmu..
Kewajipanmu kepadaNya telah terlalai…
Terlupa pula pada matlamatmu yang awal…
Dan apabila berakhirnya musim peperiksaan..
Terasa ilmu sudah melayang…
Dilepaskan segala-galanya di atas kertas jawapan…
Begitukah berakhirnya ilmu yang kau pelajari??..

Sahabat..
Sememangnya kau ingin berjaya..
Bagaimana pula hubunganmu dengan kedua ibu bapamu…
Sudah tertunaikah amanahmu pada mereka…
Seperti yang kau pernah janjikannya..
Lantaran leka bersama-sama teman-temanmu..
Tidak sempat kau mendoakan kebahagiaan mereka..
Apatah lagi bertanyakan khabar mereka..
Sehingga akhirnya hati mereka pula yang terluka..

Sahabat..
Ku tahu kau ingin berjaya..
Bagaimana pula hubunganmu dengan Mursyidmu..
Adakah kau begitu memelihara adab pabila bersamanya..
Sudahkah kau memohon keberkatannya..
Dalam menuntut secebis ilmunya..
Sentiasakan kau mendoakan mereka..

Sahabat..
Kau ingin berjaya…
Namun kau terlupa..
Kau perlukan teman untuk ke istana jaya…
Sahabatmu juga memerlukanmu..
Tunjuk ajar dan kata-kata azimatmu yang ikhlas itu..
Mampu memberikan semangat yang luar biasa kepada mereka..
Alangkah berharga dan manisnya kehidupanmu…
Seandainya kau melangkah ke gerbang kejayaan itu bersama mereka..

Sahabat..
Pastinya kejayaan itu lebih manis..
Pabila kau berjaya untuk mencapai mardhatillah..
Di samping redha dan rahmat dari ibu bapamu dan mursyidmu..
Dan juga iringan doa dan teman-teman seperjuangan…


Nukilan abadie…
Quranic Generation_82 ( 11 Mei 2003 / 11.00 am)
“Tersiar di radio IKIM.FM pada 01/08/2005.
Slot NUKILAN-Hari Isnin, 11.30pm.
Lagu iringan – PUISI PAK LAH”.

Post a Comment



Jamilah Mokter