quranicgeneration.blogspot.com

Tuesday, May 23, 2006 at 4:01 PM

imbauan zaman kanak2..

untuk bacaan pada masa lapang...
enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...

tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to
forget
Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang
cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
pastu
bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
pukul
tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa
dgn
family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka
stoking
tebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna
warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm
class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek
kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, terup, getah blue black I can see, teng
teng, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2
color
tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu
ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88.
skarang digelar 'remaja'.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the
Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife
nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je
Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti
nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time
kecik2,
nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk
forwardkan
dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 80s babies!!!


- dipetik dari email...-

Friday, May 19, 2006 at 3:17 PM

10 Kriteria Orang Yang Beruntung.

10 Kriteria Orang Yang Beruntung.

1) Ikhlas dalam beramal.
2) Menjadikan Rasulullah Saw sebagai imam, pemimpin dan contoh teladan.
3) Membenci dan mencintai seseorang kerana Allah SWT.
4) Tidak menyimpan perasaan dengki, benci, dendam dan hasad kepada sesiapa.
5) Menyempurnakan ibadah-ibadah fardhu (wajib) dan menambah dengan ibadah-ibadah sunat.
6) Aqidah mereka adalah aqidah Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah.
7) Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta tidak kedekut dalam menyebarkan ilmu.
8) Sentiasa mencintai perpaduan sesama muslimin dan sangat membenci perpecahan dan permusuhan.
9) Merujuk Al-Quran dan Sunnah dalam menyelesaikan permasalahan dan perpecahan.
10) Berkata benar dan menjauhi perkataan yang batil.

JAGALAH ALLAH..ALLAH MENJAGAMU..
DR. AIDH ABDULLAH AL-QARNI..

Wednesday, May 10, 2006 at 10:23 AM

MENGENALIMU SAHABAT..

TAJUK : MENGENALIMU SAHABAT..

Mengenalimu sahabat..
Membuat diriku berasa tenang
Lantaran ketenanganmu yang mendamaikan jiwa
Bisa membuatku teringat pada Yang Esa
Kerna ku teringat kata-kata
Sahabat yang baik adalah yang mengingatkan kita pada Pencipta

Mengenalimu sahabat..
Ku merasa tidak rugi
Kerna kata azimatmu sebagai bekal diri
Penuh nasihat dan pedoman bervisi
Bisa menjadi perisai abadi

Mengenalimu sahabat…
Ku terasa kerdil diri
Lantaran kau insan yang disegani
Namun kau memang merendah diri
Kerna kau kata semuanya dari Ilahi

Mengenalimu sahabat…
Ku sesali diri
Kerna telah melukai hatimu yang suci
Lalu kau maafi
Diri ini yang tidak mampu menjadi
Sahabat yang terbaik buatmu sebagai peneman diri

Sahabatku..
Maafkanlah diri ini
Atas sikapku yang pentingkan diri
Namun kau jua tetap memaafkan diri ini
Kerna kau kata kita hanya insan yang biasa
Tidak lari dari berbuat dosa

Sahabat..
Kubersyukur kerna mengenali dirimu
Setulus hatimu menerimaku
Membuatku rasa terharu
Lalu akulah sebenarnya yang bertuah
Memiliki sahabat sepertimu

Terima kasih sahabat…
Berdoalah moga kita tetap thabat
Dan sentiasalah bermunajat
Moga kejayaan yang penuh keramat
Terus menjadi azimat d an penuh berkat

Quranic generation_82 ( 8:28 pm – 25 April 2005 )
“Tersiar dalam esastera.com.my”.



Jamilah Mokter