quranicgeneration.blogspot.com

Wednesday, April 26, 2006 at 12:48 PM

Raihlah cinta Allah..

Faktor-faktor meraih cinta Allah SWT.
1)Membaca, merenung dan mengamalkan isi kandungan Al-quran.
2)Zuhud terhadap dunia.
3)Qiyamullail.
4)Merenung tanda-tanda kebesaran Allah.

Wednesday, April 19, 2006 at 12:44 PM

MONOLOG PENCINTA ILAHI…

MONOLOG PENCINTA ILAHI…

Di malam yang sepi ini
Diiringi bacaan al-Kahfi yang suci
Terasa kerdilnya diri
Berbanding diriMu oh! Ilahi Rabbi…

Tuhanku…
Ku rasakan diri ini jauh dariMu
Lantaran dosa hati yang lalai kepadaMu
Namun apalah daya diri
Untuk menolak fitrah insani..
Ingin dikasihi dan mengasihi

Ku ingin rijal yang sejati padaMu
Ku ingin dirinya teguh mencintaiMu
Ku ingin diriku dikasihi kerana cintaMu
Ku ingin mengasihinya jua kerana cintaMu
Ku ingin cintaMu menemukan ikatan mawaddah yang terbina

Ya Tuhanku..
Ku akui diri ini hamba yang lemah
Untuk mengingati dan mengasihiMu setiap saat dan ketika
Lantaran duniawi yang menduga
Ukhrawi terkesamping jua

Kini kusedari
Berkata tak semudah melakukannya
Ramai yang kecundang kerana cinta
Lantaran tercari-cari cinta
Yang kononnya mendekatkan jiwa pada Rabbnya
Tetapi tersungkur jua akhirnya…

Ku jua sedari
Cinta agungMu ini penuh duri
Yang sentiasa memugar nafsu duniawi
Kerana syurga itu sentiasa dipagari
Dek perkara yang kita benci
Dan neraka pula dipagari
Dek perkara yang melonjak gelora diri
Itulah sunnatullah yang hakiki
Itulah jua ujian yang telah ditempuhi
Oleh pencintaMu yang thabat meraih cintaMu
Lalu..
Mampukah aku
Menjadi Rabiatul Adawiyah generasi kontemporari

Dari itu
Ku pohon kekuatan dariMu
Untuk ku terus mengasihi dan mencintaiMu
Bersama orang yang mencintaiMu
Moga kami tidak lalai terhadapMu
Malah sentiasa tega mengharap keampunan dan ma’rifatMu
Dalam menagih janji mahligai abadi
Di bumi baqa’ nanti
Quranic generation_82 / 2.05am / 270105

at 2:55 AM

Bina Semula Semangat Juang..










Thursday, April 06, 2006 at 1:15 PM

6 kunci kekayaan...chef li

6 KUNCI KEKAYAAN..

1) MEMPUNYAI SATU USAHA YANG MENDATANGKAN WANG.
2) KEKAYAAN BERMULA DENGAN MENYIMPAN SEBAHAGIAN PENDAPATAN SECARA BERTERUSAN.
3) MENGGANDAKAN WANG KITA DENGAN PELABURAN YANG BERSIH DAN MENGUNTUNGKAN.
4) TUNAIKAN HAK-HAK MEREKA YANG BERHAK.
5) JANGAN BERHUTANG DAN JANGAN MEMBERI HUTANG.
6) BERDOA, BERTQWA DAN BERTAWAKAL....


- PETUNJUK JALAN KEKAYAAN – CHEF LI



Jamilah Mokter